SPBT SK METHODIST PELABUHAN KLANG
Sayangilah buku teks kita
17 November 2020
25 September 2019
17 August 2016
Proses Pelupusan Buku Teks KBSR
Pada awal bulan Mei, pelupusan buku-buku teks KBSR telah dijalankan.
Ia bertempat di dewan sekolah dan dibantu oleh murid-murid yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 4.
Proses pelupusan ini dipantau oleh guru SPBT sendiri iaitu Pn. Kavitha dan Pn. Siti Nor Kamilah.
PELUPUSAN BUKU TEKS SPBT.
Pelupusan adalah satu proses sesuatu aset / barang awam yang secara fizikalnya masih ada di dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi dan perlu dikeluarkan daripada simpanan dan rekod.
Pelupusan buku teks SPBT ialah satu proses untuk mengeluarkan buku teks SPBT yang tidak boleh digunakan lagi daripada stok SPBT sekolah. Sehubungan dengan itu, objektif pelupusan buku teks SPBT adalah untuk mendapatkan hasil pulangan yang terbaik (hasil kerajaan), menjimatkan ruang penyimpanan (BOSS), merekod kedudukan sebenar dan mengemas kini stok buku teks SPBT.
Buku teks SPBT boleh dilupuskan jike memenuhi salah satu syarat yang berikut:
Buku teks SPBT yang hendak dilupuskan mestilah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Arkid Negara Malaysia.
Bagi tujuan pelupusan yang lebih terperinci pihak sekolah hendaklah merujuk kepada Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks yang telah dibekalkan oleh BBT pada tahun 2013.
- Setelah selesai proses pelupusan (kontrator mengambil buku) pihak sekolah dikehendaki mengisi borang Lampiran 2 (Arkib 12/08) bagi mengesahkan pemusnahan buku teks.
- Borang Lampiran 2 (Arkib 12/08) - download borang dilink ini
MURID-MURID MEMBANTU DALAM PROSES PELUPUSAN
Bengkel Online eSPBT
Bengkel online eSPBT telah dijalankan pada 14 April 2016.
Bengkel ini dijalankan di Dewan PPD Klang.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!
Pada 4 Januari 2016, sesi persekolahan tahun 2016 telah dibuka. Semua warga sekolah mengalukan kedatangan murid ke sekolah. Warga Unit SPBT 2016 mengucapkan selamat datang kepada semua warga sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)