Permulaan.

Permulaan.
Lembaran baru..

KELAB SPBT

PENGENALAN KEPADA KELAB SPBT

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan buku teks SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. Ia membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT disamping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.
                      Surat siaran Bil.KP(BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan dibawah peraturan 4 (e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 : apa-apa persatuan lain yang diluluskan pendaftar.


Objektif Kelab SPBT 


  1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh
  2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid
  3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT
  4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah.
  5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber Ilmu.



Keahlian

  1. Keahlian Kelab ini terbuka kepada semua murid yang berminat.

Aktiviti Kelab SPBT


Pelbagai aktiviti dilakukan setiap perjumpaan kelab. Aktiviti berfokuskan kepada membentuk murid2 untuk lebih menghargai buku teks yang diperolehi. 

No comments:

Post a Comment