Permulaan.

Permulaan.
Lembaran baru..

17 August 2016

Proses Pelupusan Buku Teks KBSR

Pada awal bulan Mei, pelupusan buku-buku teks KBSR  telah dijalankan.
Ia bertempat di dewan sekolah dan dibantu oleh murid-murid yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 4.
Proses pelupusan ini dipantau oleh guru SPBT sendiri iaitu Pn. Kavitha dan Pn. Siti Nor Kamilah.



PELUPUSAN BUKU TEKS SPBT.

Pelupusan adalah satu proses sesuatu aset / barang awam yang secara fizikalnya masih ada di dalam simpanan tetapi tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi dan perlu dikeluarkan daripada simpanan dan rekod. 

Pelupusan buku teks SPBT ialah satu proses untuk mengeluarkan buku teks SPBT yang tidak boleh digunakan lagi daripada stok SPBT sekolah. Sehubungan dengan itu, objektif pelupusan buku teks SPBT adalah untuk mendapatkan hasil pulangan yang terbaik (hasil kerajaan), menjimatkan ruang penyimpanan (BOSS), merekod kedudukan sebenar dan mengemas kini stok buku teks SPBT.

Buku teks SPBT boleh dilupuskan jike memenuhi salah satu syarat yang berikut:



Buku teks SPBT yang hendak dilupuskan mestilah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Arkid Negara Malaysia.

Bagi tujuan pelupusan yang lebih terperinci pihak sekolah hendaklah merujuk kepada Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks yang telah dibekalkan oleh BBT pada tahun 2013.



  • Setelah selesai proses pelupusan (kontrator mengambil buku) pihak sekolah dikehendaki mengisi  borang Lampiran 2 (Arkib 12/08) bagi mengesahkan pemusnahan buku teks.
  • Borang Lampiran 2 (Arkib 12/08) - download borang dilink ini

MURID-MURID MEMBANTU DALAM PROSES PELUPUSAN







Pengesahan Online eSPBT

Pengesahan online eSPBT telah lengkap sepenuhnya pada 19 April 2016.






Bengkel Online eSPBT

Bengkel online eSPBT telah dijalankan pada 14 April 2016. 

Bengkel ini dijalankan di Dewan PPD Klang.
Seorang guru daripada SK Methodist (M) terlibat dalam bengkel ini, iaitu Puan Siti Nor Kamilah Bt Ahmad. 


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!

Pada 4 Januari 2016, sesi persekolahan tahun 2016 telah dibuka. Semua warga sekolah mengalukan kedatangan murid ke sekolah. Warga Unit SPBT 2016 mengucapkan selamat datang kepada semua warga sekolah.




Sekolah Kebangsaan Methodist (M) atau nama ringkasnya SK Methodist (M), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Orkid. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Methodist (M) memiliki 640 pelajar lelaki dan 357 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 997 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.