Permulaan.

Permulaan.
Lembaran baru..

14 September 2015

PENGENALAN KEPADA KELAB SPBT

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan buku teks SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. Ia membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT disamping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.
                   
Surat siaran Bil.KP(BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan dibawah peraturan 4 (e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 : apa-apa persatuan lain yang diluluskan pendaftar.


Objektif Kelab SPBT 


Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh
Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid
Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT
Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah.
Memartabatkan buku teks sebagai sumber Ilmu.


Keahlian

Keahlian Kelab ini terbuka kepada semua murid yang berminat.

Aktiviti Kelab SPBT

Menyusun buku-buku aktiviti

Mengecop buku-buku aktiviti


Menghias bilik SPBT


Perjumpaan Kelab SPBT

No comments:

Post a Comment